Kepada Semua Staf.
GERAN PENYELIDIKAN : PROGRAM PEMBANGUNAN DASAR MASA (MPDP)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Institut Masa Depan Malaysia (MASA), dengan misi untuk terus maju sebagai sebuah institut pemikir bebas dan berdaya saing dalam memberikan cadangan, maklumat dan input polisi ke arah pembangunan dasar dan strategi Kerajaan, dengan ini berbesar hati menjemput para penyelidik, ahli akademik universiti dan institusi penyelidikan untuk mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).
MPDP menawarkan geran bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan yang terpilih yang menjurus ke arah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan menepati bidang-bidang fokus penyelidikan MASA, iaitu ekonomi, sosial & pembangunan lestari. Setiap cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021 menerusi emel policy@institutmasa.com.
Bersama-sama ini dilampirkan surat dan lampiran poster program MPDP yang menerangkan maksudnya. Sebarang penjelasan lanjut berhubung MPDP, garis panduan dan syarat-syarat berkaitan, sila layari laman web kami di www.institutmasa.com.