Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 34B, Akta Cukai Pendapatan 1967, YB Menteri Kewangan bersetuju mengiktiraf Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UniMAP sebagai “Institusi Penyelidikan Yang Diluluskan” selama lima (5) tahun mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.
Dengan pengiktirafan ini, syarikat yang menyumbang wang tunai untuk aktiviti penyelidikan atau menggunakan perkhidmatan di RMC UniMAP adalah layak mendapat potongan cukai pendapatan dua kali.
Aktiviti penyelidikan yang dijalankan bagi maksud tuntutan galakan cukai pendapatan tersebut hendaklah mematuhi definisi penyelidikan yang diperuntukkan dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986 seperti berikut :
” ‘penyelidikan dan kemajuan’ ertinya apa-apa kajian sistematik, siasatan dan eksperimen yang melibatkan risiko novelti atau teknikal yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan untuk mendapatkan pengetahuan baharu atau menggunakan hasil kajian untuk pengeluaran atau perbaikan bahan, alat, keluaran, hasil atau proses, tetapi tidak termasuk:
i. kawalan mutu atau pengujian rutin bahan, alat atau keluaran;
ii. penyelidikan sains sosial atau ilmu kemanusiaan;
iii. pemungutan data rutin;
iv. kaji selidik kecekapan atau kajian pengurusan;
v. penyelidikan pasaran dan penggalakan penjualan;
vi. pengubahsuaian atau pengubahan rutin bagi bahan, alat, keluaran, hasil atau kaedah pengeluaran; atau
v. pengubahsuaian kosmetik atau pengubahsuaian stilistik bagi bahan, alat, keluaran, proses atau kaedah pengeluaran ”
Semua penyelidik adalah digalakkan untuk menghebahkan peluang/insentif potongan cukai dua kali ini kepada syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mengadakan kerjasama penyelidikan.