Official Website of Research Management Centre

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera 

 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 

 
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN DALAMAN UniMAP TAHUN 2024 - FASA 1
 
Merujuk kepada perkara di atas, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ingin memaklumkan mengenai pembukaan permohonan Geran Penyelidikan Dalaman UniMAP Fasa 1 bermula 26 Februari 2024 sehingga 29 March 2024.  Terdapat 2 jenis geran yang boleh dipohon.

Bil

Jenis Geran

Tarikh Buka

Tarikh Tutup

1

"International Research Fund” (INTERES)

26 Februari 2024

29 March 2024

2

Geran Pascasiswazah - Postgraduate Research Fund

26 Februari 2024

29 March 2024

 
Garis Panduan terkini berkaitan syarat, tatacara permohonan serta kaedah pengurusan kesemua jenis geran ini akan diemailkan kemudian setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Senat. Dokumen rujukan dan poster geran boleh didapati di laman web RMC (https://rmc.unimap.edu.my/) dan melalui capaian link berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1zjivoOWfs90b090sjRKsYzm9yIkF3_DJ?usp=share_link


Permohonan Geran Penyelidikan Dalaman adalah secara dalam talian melalui sistem permohonan geran semasa iaitu sistem Grant Application System (GAPS) beralamat di https://gaps.unimap.edu.my. Staf akademik yang ingin memohon geran mestilah mendaftar akaun di sistem GAPS dan melengkapkan butiran peribadi serta maklumat penyelidikan masing-masing sebelum menghantar permohonan. Jika mengalami apa-apa masalah teknikal berkaitan sistem GAPS, pihak tuan/puan boleh menghubungi:

Dr. Nur Hafizah Ghazali (012-3010783)
Ts. Dr. Hasneeza Liza Zakaria (012-9306775)
Dr. Nur Farhan Kahar (012-5550686)
Prof. Madya Dr. Mohammad Faridun Naim (019-4413616)
Prof. Madya Ts. Dr. Ayu Wazira Azhari (011-26102484)
Puan Fazlina Md Fadzil (019-4946464)
 

Sekian, terima kasih.

 

'MALAYSIA MADANI'

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

“Ilmu, Keikhlasan,Kecemerlangan” 

 

 

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC)