Scroll down to view Call for Proposals:
1. Geran Penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Padanan Antarabangsa (MyPAIR) Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) 2023
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) Sepanyol akan melaksanakan Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) tahun 2023 di bawah inisiatif Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAiR). Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:
- Sustainable City Development(Pembangunan Bandar Lestari);
- Knowledge-based Economy/k-Economy(Ekonomi berasaskan Pengetahuan);
- Advanced Manufacturing and Materials(Pembuatan dan Bahan Termaju);
- Health(Kesihatan);
- Electrical & Electronics(Elektrikal & Elektronik);
- Aerospace(Aeroangkasa); dan
- Smart Agriculture (Pertanian Pintar).
Program ini merupakan satu program untuk menggalak dan mempromosi pembangunan penyelidikan dan teknologi yang didorong oleh pasaran (market-driven) serta untuk menggalakkan kerjasama dan projek kerjasama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) di antara entiti dari kedua-dua negara melalui pembiayaan secara padanan daripada JPT, MIGHT dan CDTI. Peruntukan bagi penyelidik daripada Universiti Awam (UA) adalah di bawah pembiayaan JPT, peruntukan rakan industri Malaysia di bawah pembiayaan MIGHT manakala peruntukan bagi rakan industri Sepanyol adalah di bawah pembiayaan CDTI.
Permohonan projek perlu berasaskan industri dan berorientasikan pasaran iaitu kerjasama yang dibangunkan adalah berteraskan kerjasama teknologi bersama di antara syarikat, organisasi penyelidikan, akademik di Malaysia dan rakan industri (start-ups, PKS dan syarikat besar) di Sepanyol melibatkan pembangunan atau penambahbaikan yang penting (substantial) terhadap produk, proses atau perkhidmatan. Permohonan bagi program ini mestilah melibatkan penyelidik daripada UA dan industri Malaysia serta rakan industri daripada Sepanyol. Ahli projek perlu menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan MYSIP 2023.
Pemohon adalah diminta mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:
- Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan rakan kolaborasi menggunakan templat permohonan yang disediakan;
- Permohonan perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dimajukan kepada urus setia sebelum atau pada 5 Januari 2024 (Jumaat) jam 5.00 petang melalui laman sesawang MIGHT https://applications.might.org.my/e/mysip, e-mel ke zuraidaismail@unimap.edu.mydan mohdaminudin@unimap.edu.my dan satu (1) salinan keras ke Pejabat Pusat Pengurusan Penyelidikan.
- Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Ketua Projek (PI) Sepanyol melalui laman sesawang CDTI;
- Pemohon adalah dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti di Annex 3. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT;
- Pemohon perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) industri Malaysia dan Sepanyol. Pihak Kementerian tidak dapat membantu dalam mengenalpasti rakan kerjasama tersebut. Bukti persetujuan untuk bekerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan;
- Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu mengemukakan permohonan dari Institusi masing-masing secara bersekali. Senarai keseluruhan permohonan (masterlist – Annex 4) perlu dihantar bersama
2. CREST Research, Development, Commercialization and/or Innovation (RDCI) CFP
CREST is opening a call for project proposal between 7th September 2023 to 30th September 2023 for collaborative technical and business development proposal with Industry and Academia in advanced electronic and electrical (E&E) technologies and related market verticals.
The proposal shall be on Research, Development, Commercialization and/or Innovation (RDCI) projects within E&E technologies and related applications. The submitted RFP proposals will be evaluated for a matching grant scheme intended to award good and viable collaborative technical and business proposals. Two key categories for proposals are Research and Development project proposals between TRL 5 to 7 and Commercialization and Innovation project proposals between TRL 7 to 9. Please refer to the attached RFP flyer for more details.
Project Proposal forms and guidelines are as attached. Other related terms and condition may apply. We welcome completed proposal form and other supporting details or enquiries to be sent to email rndgrant@crest.my before 30th September 2023.